26/03/11

Menyingkap Keberadaan Dajjal Lewat Hadits


  Asal-Usul Keluarganya:
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apajua
makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “MinalMunzharin”.

Seperti halnya Nabi Isa as (Yesus) yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit
dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka
bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama
juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga hari kiamat nanti.

Ayah Dajjal seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung.
Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam
Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahwa asal keturunan bapaknya ialah seorang
Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia
hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus.
Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara.
Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas.

Sifat Badannya:
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Dajjal ialah
orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia
mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula
ialah Neraka" (Hadis Sahih Muslim)

Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullah saw,
diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda; Berbadan Besar dan agak
kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang
seolah-olah dahan kayu yg rimbun.

Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua:
1. Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut, manakala mata
kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi
kedua-dua matanya adalah cacat.
2. Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat dibaca oleh
setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat
At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku
sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yg terakhir ini belum ada
pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang:
Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab “Shahih Muslim”, bahwa Dajjal
itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu
oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis mengenainya..
(tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku).
Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahwa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu
masa yg diizinkan oleh Allah swt untuk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan
tempat “transitnya” itu ialah disebelah Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat
puluh hari. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua
sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari selanjutnya
sama seperti hari-hari biasa.

Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi
ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg
pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga
seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah sama
seperti hari kamu yg biasa.

Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti
setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5
waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn
menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”

Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada
hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan.
Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka
masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan
apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah
misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembah yang Asar.

Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga
habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan
sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita
lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal:
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh kerana
itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antara
kemampuan Dajjal ialah:

1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya.
Benda-benda beku akan mematuhinya. Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan
diuji dahulu oleh Allah dgn kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada
tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan
kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung.

Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul
membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata
pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi
subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org
yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn
Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.

Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan)
sedangkan org yg tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yg dimakan
oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahaiRasulullah?” Nabi menjawab:”Mereka
akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi
zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” H.R IbnuMajah

2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan
neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya
ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa
yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Nerakadan apa yg
dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kendaraan org dahulu. Kalau hari
ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet
tempur yg digunakan oleh tentara udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan
tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuhdalam satu jam”… Kami
bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi
ini? Nabi menjawab:”Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al
Ghaist” (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” H.R Muslim

Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islamia
itu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.

4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg
terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.
Content Yang Berkaitan
Keislaman
  Pemutih dan Perawatan Wajah Ala Rosulullah
  Inilah Sebabnya Kita Di Perintahkan Membaca AlQuran Meski Tidak Mengerti
  Artinya
  12 Tempat Favorit Mangkalnya Setan
  Biodata IBLIS Ditemukan Secara Tidak Sengaja
  Al Quran Menjawab Hati Yang Bersedih
  7 Kebenaran Islam Yang Mutlak

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

 

Copyright © ANEKA IMFO.COM Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger